30 Ogos 2012
Jam 8:30 pagi, para peserta UUM4x4 Sintok berkumpul di kedai minum dihadapan pagar utama UUM berbincang mengenai penerokaan trek ke hutan simpan & air terjun sintok. Jam 9:30 pagi bertolak ke pintu pagar 3 bagi memulakan cabaran.
Peserta yang terlibat pada pagi ini adalah:
Meijie Mosh (Team Leader / Pengurus Projek)
Rosmadi Bakar (S/usaha); Sabri Yub (Teknikal)
Fakhrul Anuar (Komunikasi & Media); Subri Hashim (Bendahari)
Khalid Othman (Medic); Mohd Fauzi (Kopau)
Prof Madya Dr. Sobri Minai (Timbalan Presiden)
Kenderaan utama yang terlibat dalam pencucian trek adalah:
Traktor 4x4
SJ Black Yellow & Rocky Rock & Roll
Kenderaan Sokongan:
Black Rocky
Red Cross Pajero
Pakaian Rasmi:
Design T-shirt pada permulaannya bukanlah seperti yang dicita2kan, tetapi memandangkan kos yang agak mahal untuk mencetak t-shirt dengan gambar hidup, maka inilah hasilnya. Bolehlah...
Peserta tiba di sempadan Hutan Simpan UUM dengan Hutan Simpan Sintok lebih kurang jam 11:00 pagi setelah menebas dan membuang pokok yang tumbang di atas trek.
Begitu komited dengan tugas yang diamanahkan...
Pengalaman kerja memotong balak lebih dari 10 tahun.
Sempadan hutan simpan UUM
Peserta tiba di campsite berdekatan air terjun sintok lebih kurang jam 1:00 t/hari.
Khemah yang sudah siap didirikan.
Peserta berhenti makan t/hari dan solat Zohor di campsite sebelum meneruskan pencucian trek. Tiba-tiba peserta dikejutkan oleh rombongan JPP diketuai oleh En. Ayob dan rakan2 sempena lawatan kerja.
Rombongan dari JPP
Jualan T-shirt event kepada rombongan... Buat duit dalam hutan...
Setelah berehat seketika waktu, peserta meneruskan pencucian trek dan pulang semula ke campsite sebelum malam menjelang.
Di antara khazanah hutan yang dijumpai termasuklah:
Banir kayu yang lama.
Cendawan Gergasi
Panorama alam
Air Terjun Sintok.
Pada waktu petangnya, beberapa peserta dari Perlis Team yang diketuai oleh Cikgu Man tiba di Campsite.
Cikgu Man...
Perlis Team:
Pada waktu malamnya Changloon Team, & K.Nerang tiba di Campsite untuk menyambut malam kemerdekaan bersama-sama dengan UUM4x4Sintok.
Aktiviti pada malam hari:
Memasak & Makan Malam
Membaiki kenderaan yang rosak...
(Mat Pomen dari K.Nerang membaiki "steering box" SJ Yellow Black)
ZZZZzzzzzzz.............
31 Ogos 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
Peserta bangun seawal jam 5:30 pagi... Di antara xtvt yang dilakukan:
Menaikkan bendera Malaysia bagi menyambut ulang tahun hari Kemerdekaan yang ke-55
Servis chainsaw..
Selepas selesai sarapan pagi dan pembersihan tapak perkhemahan, peserta berpecah kepada 2 kumpulan.
Penyediaan sarapan pagi.
Bergambar kenangan sebelum berpisah.
Kumpulan B, (Rosmadi, Fakhrul, Mejar Adnan, Mat Pomen) bertolak pulang.
Green Rocky bersedia untuk pulang
Black Rocky terpaksa mengecas dalam perjalanan pulang.
.:Berkumpul di Taman Rusa UUM:.
Kumpulan A: (Tarmizi, Sabri Yub, Pak Ya, Kopau, Perlis Team) meneruskan pencucian trek. Berikut adalah aksi2 yang diambil ketika Perlis Team memulakan perjalanan pada hari ke-2.
Malangnya gambar2 tersebut adalah rakaman terakhir dari jurukamera kelab kerana beliau telah keluar bersama-sama kumpulan B.
Gambar berikut adalah sumbangan dari individu:
Keadaan trek yang telah ditinggalkan lebih daripada 20 tahun terpaksa dicuci..
Traktor 4x4 terpaksa ditinggalkan 100meter dari jalan keluar kerana tayar hadapannya pecah.
*** (
Rescue mengeluarkan Traktor 4x4 dari hutan telah dilakukan pada 8 Sept 2012, dan 9 Sept 2012 penyambungan cucian trek dari dusun Mat Deen ke Pintu Pagar No.6 oleh Meijie Mosh & Sabri Yub) ***
Tanpa traktor, kami hanya mampu membuat terowong supaya hanya kenderaan kami sahaja dapat menembusinya.
Kumpulan A selamat sampai di dusun Mat Deen pada jam 7:30 mlm setelah bertungkus-lumus membersihkan laluan dengan pokok2 tumbang dan hutan buluh.
Kelaparan... makan maggie pun dalam botol air mineral yang telah digunakan...
Maka lengkaplah laluan
trek 4x4 UUM dari Pintu Pagar No.3 hingga ke Sungai Sintok. Laluan kecemasan adalah melalui pintu pagar
No. 5 (Dusun Mat Deen) dan pintu pagar
No.6 (Canselori)
SEKIAN