Friday 19 February 2016

Trip to Sg Badak Waterfall

Trip to Sg Badak Waterfall (Jumaat 19 Feb 2016)

Air Terjun Sg. Badak terletak di antara ladang kelapa sawit Sykt. Badak Plantation dan hutan simpanan Sg. Badak. Air dari Sg Badak ini mengalir masuk ke dalam kawasan UUM. Jarak dari UUM ke air terjun Sg. Badak ini adalah lebih kurang 3km sekiranya trekking melalui sungai.

Trip ini disertai oleh 2 orang ahli kelab UUM4x4Sintok dan seorang wakil ahli kelab pajero PCMF. Pada hari Jumaat, 19 Feb 2016, jam 1530hrs, semua peserta berkumpul di hadapan Anjung Tamu UUM. Selepas mengambil gambar dan membeli sedikit bekalan makanan, 3 jalopi mula bergerak meninggalkan kampus UUM menghala ke jalan Padang Sanai. Selepas 5 km dari UUM, konvoi tiba ke jalan masuk tanah merah menghala ke ladang kelapa sawit Sykt. Badak Plantation dan hutan simpanan Sg. Badak. Keadaan jalan masuk diklasifikasikan sebagai jalan light-offroad, kerana permukaan jalan yang kering. Setelah memandu lebih kurang 10 minit (2km offroad), maka konvoi telahpun sampai ke pintu masuk ladang kelapa sawit. Team Leader, Meijie Mosh mengetuai konvoi mengikut laluan sebelah kiri ladang menuruni bukit menuju ke air terjun Sg. Badak. Peserta tiba di air terjun lebih kurang jam 1615hrs tanpa menghadapai sebarang halangan / rintangan. Semua peserta berehat seketika sambil mengambil gambar dan menikmati alam semulajadi yang terdapat disekitar air terjun tersebut.

Tepat jam 1700hrs, memandangkan waktu masih lagi terlalu awal untuk pulang, konvoi bercadang untuk memandu santai meneroka kawasan sekitar. Bersebelahan dengan air terjun Sg. Badak, terdapat satu trek yang baru dibuka (agaknya kurang dari setahun memandangkan laluannya masih agak baru). Konvoi bercadang untuk mengikut laluan tersebut mendaki dan menuruni bukit dan akhirnya peserta konvoi ke satu kawasan bukit yang agak tinggi. Sebuah jalopi peserta mengalami sedikit kerosakan "mounting" menyebabkan jalopi tersebut terpaksa menggunakan winch untuk sampai ke puncak. Setelah memperbaiki sedikit kerosakan, konvoi meneruskan perjalanan, namun tidak sampai 2 minit, Team Leader terpaksa berhenti kerana terperanjat melihat gulungan kawat berduri dan papan tanda dengan tulisan Thai di hadapan. Setelah diperhatikan dan melihat sekeliling, peserta percaya bahawa mereka berada di atas tanah "no man land" iaitu betul-betul di atas tanah sempadan Malaysia - Thailand. Memandangkan laluan disekat dengan kawat berduri, serta kemungkinan peserta di dalam kawasan larangan, maka konvoi bercadang untuk berpatah balik ke air Terjun Sg. Badak seterusnya pulang ke destinasi. Akhirnya peserta konvoi tiba di hadapan UUM sekitar jam 1900hrs dan setelah berhenti makan dan minum sebentar peserta pun pulang ke destinasi masing-masing.





















Wednesday 17 February 2016

Kursus 4x4 UUM4x4Sintok

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab UUM4x4Sintok di bawah Majlis Kebajikan, Sukan, dan Kebudayaan (MKSK) akan menganjurkan kursus Pemanduan/Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4) kepada semua staf atau pelajar UUM yang berminat seperti butiran berikut:


Tajuk :  Kursus Pemanduan / Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4)
Tarikh :  Setiap hari Khamis mulai 10 Mac 2016
Masa :  8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat :  Tapak Perkhemahan kelab UUM4x4Sintok (belakang PLKN)
Tentatif program adalah seperti di dalam jadual di bawah:-
   

HARI 1:  (TEORI)
Modul 1: Pengenalan kepada Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
-       Pemandu dan Pembantu Pemandu
-       Pakaian, Mental, Peribadi
-       Jenis-jenis Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
-       4x2 (2WD), 4x4 (4WD atau AWD), 6x6
-       Komponen Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
-       Manual/automatic hub, transfer case, two drive shafts, two axle differentials
-       Keselamatan Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
-       Tayar, body-lift, suspension
-       Lain-lain aksesori (bullbar, side step, rear bar, rollcage)
-       Pengurusan & Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
Modul 2Teknik Pemanduan/Pengendalian
-       Teknik Pemanduan Waktu Siang / Malam
-       Komunikasi Semasa Pemanduan
-       Isyarat Tangan dan Radio Komunikasi
-       Tatacara Pemanduan secara konvoi
-       Team leader, peserta, sweeper
-       Teknik Penggunaan Sistem Gear / Transmisi
-       Teknik dan Cara Menghadapi Halangan
-       Tatacara Pemanduan ketika menempuh halangan berbukit
-       Teknik Winching
-       Teknik Penggunaan peralatan recovery
HARI 2: (LATIHAN PRAKTIKAL)
Modul 3: Pemanduan Kenderaan Pacuan 4 Roda (4x4)
-       Pemanduan di trek tanpa halangan.
-       Latihan pemanduan menghadapi halangan
-       Jambatan
-       Lumpur
-       Mendaki dan menuruni bukit
Modul Tambahan: Penggunaan Peralatan Recovery (sekiranya perlu)
-       Winch
-       Hi-lift jack
-       Shackle
-       Snatch block
-       Tree Trunk/Protector
-       Strap


Monday 8 February 2016

XPDC Air Ganda 6 - 8 Feb 2016

XPDC Air Ganda 
6 - 8 Feb 2016

Gerik - Bukit Sapi - Lasah - Air Dala - Air Ganda

XPDC Air Ganda CNY 6 - 8 Feb 2016 ini disertai oleh peserta-peserta dari Kelab Jimny Samurai Malaysia (KJSM), Kedah Offroad Adventure Club (KOAC), UUM4x4Sintok, Jat Carera Group, Pajero Club Malaysia & Friends (PCMF), Landy Malaysia, Navara, Triton, dan juga individu2. 

Peserta yang terdiri daripada lebih 50 jalopi dari Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan mula berkumpul di hadapan IPD Gerik mulai jam 1000hrs 6/2/2016 dan bergerak ke jalan Gerik - K.Kangsar menghala ke Lenggong untuk ke destinasi pertama, iaitu Bukit Sapi. Perjalanan offroad ke campsite Bukit Sapi adalah lebih kurang 15km dan peserta tiba di campsite lebih kurang jam 1600 hrs dan bermalam di situ.

Pukul 1400hrs 7/2/2016 konvoi bergerak lebih kurang 20km turun ke Lasah dan naik semula melalui Kampung Terhem ke Campsite ke2 yang jaraknya lebih kurang 25km. Konvoi tiba di campsite Air Dala lebih kurang jam 2100hrs setelah melalui beberapa rintangan seperti membaiki jambatan yang roboh, mendaki dan menuruni bukit yang licin, melintas titi kayu dan anak sungai.

Pada 8/2/2016 jam 1300hrs konvoi bergerak keluar dari AIr Dala melalui 3 buah perkampungan orang asli dan Felda Tawai menuju ke Kg Air Ganda setelah mengharungi jalan offroad sejauh 35km dan onroad sejauh 10km. Peserta konvoi yang berjaya menamatkan XPDC sebanyak 30 jalopi tiba di Kg Air Ganda pada jam 1700hrs dan setelah bergambar beramai2, peserta mula pulang ke destinasi masing2.