Trek yang ada berdekatan UUM. Garis merah Sungai Sintok-PNR-Sungai Badak, Garis Ungu dan Hijau PLKN-Gate3-Air Terjun - Sungai Badak
Trek ABM-PNR
Kategori Trek: Medium (musim kering)/ Medium+Hardcore(musim hujan)
Keperluan Kenderaan: Tayar MT/Trekker dan Winch
Jarak: +-3KM
Masa: 2 jam (dalam keadaan trek kering)
Keadaan Trek: Jarak laluan lebih kurang 3KM dimulai dengan menyeberang sungai Sintok dan melalui jalan balak lama yang kebanyakannya menaiki bukit. Cabaran pertama berupa V-slope sungai kecil berlumpur dan diikuti oleh menaiki bukit buluh yang agak panjang. Trek boleh dihabiskan dalam masa 2 jam atau boleh menjadi lebih panjang jika kenderaan dalam konvoi adalah banyak. Trek agak mudah jika dari PNR ke ABM (turun bukit)
Contoh gambar aktiviti UUM4x4Sintok di trek ini (UUM4x4Sintok Challenge 2013).
Bukit buluh yang agak panjang dan boleh menjadi super hardcore pada musim hujan.
Album Gambar - Trek Sungai Sintok
Album Gambar - UUM4x4Sintok Safari PNR ke ABM
Trek PNR-Sungai Badak
Kategori Trek: Medium (musim kering)/ Medium+Semi-Hardcore(musim hujan)
Keperluan Kenderaan: Tayar MT/Trekker dan Winch
Jarak: +-3KM
Masa: 2 Jam (keadaan trek kering)
Trek PLKN-Tasik Tersembunyi UUM
Kategori Trek: Medium (musim kering)/ Medium+Semi-Hardcore(musim hujan)
Keperluan Kenderaan: Tayar MT/Trekker dan Winch
Jarak: +-500m
Masa: 1 Jam (keadaan trek kering)