Saturday, 24 August 2013

Cuci-cuci Trek

Aktiviti Kelab 4x4 UUM Sintok ini telah dijalankan pada 24 Ogos 2013 10.30am-6.00pm untuk membersihkan trek Fasa 1 berdekatan UUM. Trek fasa 1 yang bermula di jalan raya Sintok-Padang Sanai melalui hutan simpan UUM merupakan trek pacuan empat roda berstatus 'hardcore', dan berakhir di Menara pemerhati UUM. Dalam trek fasa 1 ini, terdapat beberapa halangan yang agak sukar terutamanya sungai berpasir, kolam, jalan terputus, meredah buluh, dan jalan mendaki yang agak panjang (sangat sukar jika hari hujan). Aktiviti membersihkan trek ini disertai oleh enam peserta (Meijie Mosh, Shamrie Sainin, Sabri Yub & anaknya, Bob dan Mat) dengan empat buah kenderaan pacuan empat roda iaitu dua Suzuki SJ dan masing-masing satu Daihatsu Rocky dan Korean Jip (dengan enjin v8). Trek ini sahaja telah memakan masa kira-kira 7 jam untuk lebih kurang 5KM dan mungkin memerlukan lebih masa jika hari hujan dan perserta yang ramai.


Peta trek 4x4 UUM. Fasa 1 masuk di A dan keluar di B.

Penjelajahan trek untuk fasa yang seterusnya akan dilakukan pada masa akan datang.


Berhenti membeli makanan t/hari di persimpangan perumahan k/tangan UUM. Jam 10 pagi.

Bersedia untuk offroad... Lock ur wheels...

Alamak! Camana ni? Tak nampak jalan.. dah lama sangat tak masuk ikut sini.

Young driver

Laluan yang dipenuhi lalang.

Tunggu apa lagi.. Menebas la...

SJ YB sedang mengecas...

Alamak, sangkut pulak! Jauh lagi nak ke depan tu... Tarik belakang, boleh?

Yea! Dah naik separuh...

Tiba giliran Rocky Sabri Yub pulak... Come'on Brader.. Cas!

Sangkut jugak?

Tak mengapa... Walaupun SJ YB kecil, namun banyak membantu kerana tiada anchor point.

Tibalah masanya ASJ (American Suzuki Jip) melintas sg. Tapi jangan terlebih cas yea, sebab winch belum ada.

Korean Jip dengan enjin v8.  Sangkut juga?

Kita guna double winching dulu.. boleh naik tak?

Dua kenderaan sebagai anchor takut pokok di depan tu tak tahan daulat.

Tak boleh naik jugaklah... Cuba Triple winching pulak...

Winching sambil mengecas.

Air panas menyembuq keluaq!

Tuan punya jip & co-pilot nampak keletihan setelah penat mengecas.

Rendam dalam kolam sekejap untuk cuci pasir berlumpur.

Pokok yang pertama merintangi jalan.. 

Macam mana pulak ni? Dulu lubang ni tak wujud... Nak buat titi pun tiada pokok besar dekat2 area sini  Yang ada semua pokok buluh... Boleh tak pokok buluh dijadikan titi?

Cari laluan lain je la.. Rocky meredah laluan baru.. tapi sangkut... winch lagi.. SJ YB lepas tanpa menggunakan winch. ASJ ditarik keluar oleh Rocky.

Korean Jip mengecas.. 

Tapi sangkut jugak.. winch lagi..

Lalang & buluh tersangkul di bawah korean jip.

Tiada laluan.. Terpaksalah meredah didalam hutan buluh mencari jalan keluar.

Selesai mencuci laluan yang dipenuhi dengan duri rotan.

Pokok tumbang lagi.. entah yang ke berapa? Rasa2nya yang ke-3, 4 dan 5.

New Apprentice.

Tak sampai, terpaksa lapik pakai batang pokok.

Sempat lagi berposing...

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Nak teruskan ke hadapan (dusun Mat Deen) atau pulang ke UUM melalui menara burung?

Akhirnya dapat berkumpul di kawasan Recreation Park UUM pada pukul 6 petang.

Credit: Gambar sumbangan FB#Shamrie Sainin



Sedikit sedutan movie aktiviti ini:

Thursday, 22 August 2013

Test 'POWER' di Sg. Kechik

Aktiviti ini bermula pada jam 5 petang dengan tujuan riadah, namun ia bertukar menjadi menguji kenderaan 4x4.  Pada mulanya xtvt ini disertai oleh 2 SJ dengan 3 peserta (Meijie Mosh, Shamrie Sainin, Raimi Aiman).  Dalam perjalanan ke Sg. Kechik konvoi ini bertembung dengan sebuah lagi SJ di kampung Changkat Setol lalu mengajak mereka bersama-sama menyertai aktiviti ini. Program berakhir jam 7:30 mlm.

Mula-mula kita tukaq tayar lipan dulu... Tayar ni adalah kepunyaan Sdr. Rosmadi kita.

Macam mana boleh masuk tak? Rim tayar lipan tu tak offset.. boleh kona ka nanti.. silap2 tampan chasis pulak.  A'a.. memang tampan pun.. kita letak tayar lipan dekat belakang saja la.. yang depan pakai tayar biasa yang banyak bunga..

Hai.. memecut laju SJ YB tu.. nak p mana tu? Tunggu la kawan sama.

Berjaya melintasi anak sungai yang pertama.. Tiada apa2 cabaran. Mana seronok kan?

Kita reverse balik dalam sungai... dan CAS! Alamak sangkut la.. Tolonglah YB tarikkan..

Ok.. 1.2.3... sedia .. winching dan cas... tapi jangan lebih2.. jauh lagi nak masuk ke air terjun tu...

Apa dah jadi ni? Air/Enjin terlampau panas pulak.. Lupa pulak nak tengok air sebelum keluar tadi. (# Rule 1: Periksa kenderaan anda dulu sebelum bergerak).

Ok! Dah sejuk jom kita bertolak.. nanti malam pulak..

Terpaksa berhenti lagi kerana air panas kembali.. Tak mengapa.. ini kan baru nak test.. Apa2 rosak kita repair la nanti..

Jernih juga air disini.. dah lama tak datang mandi & berkelah di sini.

SJ PK (putih kelabu) ini sebenarnya kami tak kenal pun. Sahut tepi jalan je ajak masuk hutan. Tetita diaorang (remaja lagi rasanya) follow.  Pantang dicabar juga rupanya.. Ini merupakan pengalaman pertama mereka meredah belantara menggunakan jip.  Malangnya SJ PK ini juga memerlukan beberapa pembaikan kerana masalah front wheel yang tidak berfungsi.

Perjalanan pulang. Tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hari sudah lewat dan ASJ (American SJ) mengalami sedikit masalah enjin.

Keadaan laluan yang berbatu2..

Akhirnya tiba ke anak sungai pertama.. Kelihatan 3 buah SJ yang comei lote.

Dari kiri: Raimi Aiman, Meijie Mosh, Shamrie Sainin, 2 remaja yang tidak dikenali (haprak la lu, takkan tak tanya nama kot..  #yang penulis tahu salah seorang remaja tersebut adalah anak Non, rumah sebelah Masjid Kg. Changkat Setol).




Credit: Gambar Sumbangan:
FB # Raimi Aiman
FB # Shamrie Sainin