Thursday 22 August 2013

Test 'POWER' di Sg. Kechik

Aktiviti ini bermula pada jam 5 petang dengan tujuan riadah, namun ia bertukar menjadi menguji kenderaan 4x4.  Pada mulanya xtvt ini disertai oleh 2 SJ dengan 3 peserta (Meijie Mosh, Shamrie Sainin, Raimi Aiman).  Dalam perjalanan ke Sg. Kechik konvoi ini bertembung dengan sebuah lagi SJ di kampung Changkat Setol lalu mengajak mereka bersama-sama menyertai aktiviti ini. Program berakhir jam 7:30 mlm.

Mula-mula kita tukaq tayar lipan dulu... Tayar ni adalah kepunyaan Sdr. Rosmadi kita.

Macam mana boleh masuk tak? Rim tayar lipan tu tak offset.. boleh kona ka nanti.. silap2 tampan chasis pulak.  A'a.. memang tampan pun.. kita letak tayar lipan dekat belakang saja la.. yang depan pakai tayar biasa yang banyak bunga..

Hai.. memecut laju SJ YB tu.. nak p mana tu? Tunggu la kawan sama.

Berjaya melintasi anak sungai yang pertama.. Tiada apa2 cabaran. Mana seronok kan?

Kita reverse balik dalam sungai... dan CAS! Alamak sangkut la.. Tolonglah YB tarikkan..

Ok.. 1.2.3... sedia .. winching dan cas... tapi jangan lebih2.. jauh lagi nak masuk ke air terjun tu...

Apa dah jadi ni? Air/Enjin terlampau panas pulak.. Lupa pulak nak tengok air sebelum keluar tadi. (# Rule 1: Periksa kenderaan anda dulu sebelum bergerak).

Ok! Dah sejuk jom kita bertolak.. nanti malam pulak..

Terpaksa berhenti lagi kerana air panas kembali.. Tak mengapa.. ini kan baru nak test.. Apa2 rosak kita repair la nanti..

Jernih juga air disini.. dah lama tak datang mandi & berkelah di sini.

SJ PK (putih kelabu) ini sebenarnya kami tak kenal pun. Sahut tepi jalan je ajak masuk hutan. Tetita diaorang (remaja lagi rasanya) follow.  Pantang dicabar juga rupanya.. Ini merupakan pengalaman pertama mereka meredah belantara menggunakan jip.  Malangnya SJ PK ini juga memerlukan beberapa pembaikan kerana masalah front wheel yang tidak berfungsi.

Perjalanan pulang. Tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hari sudah lewat dan ASJ (American SJ) mengalami sedikit masalah enjin.

Keadaan laluan yang berbatu2..

Akhirnya tiba ke anak sungai pertama.. Kelihatan 3 buah SJ yang comei lote.

Dari kiri: Raimi Aiman, Meijie Mosh, Shamrie Sainin, 2 remaja yang tidak dikenali (haprak la lu, takkan tak tanya nama kot..  #yang penulis tahu salah seorang remaja tersebut adalah anak Non, rumah sebelah Masjid Kg. Changkat Setol).




Credit: Gambar Sumbangan:
FB # Raimi Aiman
FB # Shamrie Sainin




No comments:

Post a Comment