Saturday, 8 November 2014

Gambar SS4 Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM

Cabaran SS4 ini dinamakan sebagai Cabaran Rotan sempena pokok rotan yang tumbuh sepanjang laluan ini. Pada asalnya laluan SS ini bermula dari petak mula dengan halangan pertamanya adalah melepasi laluan air serta memanjat tebing dengan pokok di kiri kanan laluan.

Halangan kedua pula adalah membuat pusingan 8 di dalam lopak air antara pokok-pokok.

Halangan ketiga adalah melepasi laluan air serta memanjat tebing ke petak akhir.

Namun, laluan ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan laluan lain memandangkan masa yang agak lewat serta bilangan kenderaan yang rosak meningkat. Laluan alternatif ini hanya memerlukan peserta melalui 'pole' atau tiang dari petak mula dan balik semula ke petak akhir.  Walaupun laluan ini kelihatan mudah, tetapi keadaan laluan yang berlumpur menyukarkan juga peserta untuk menamatkan cabaran. 

Keputusan untuk cabaran ini adalah:
1. Ghazali Hashim
2. Chup Gulau
3. Din Triton
4. Pak Sarip
5. Hamzah
6. Bang Mat Daging

DNF:
Shahril
Halim Oren
Mat Pomen
Hafiz Abdullah

DNS:
Shakir
Lokman Hakim
Li Pak Hitam

Pajero Shakir di laluan SS4

Suzuki Chup Gulau melepasi 'pole' di SS4

Suzuki Chup Gulau menuju ke petak akhir SS4

Ghazali Hashim membawa Suzuki SJ ke petak mula SS4

Suzuki Ghazali Hashim menyahut cabaran SS4

Suzuki Ghazali Hashim beraksi di SS4

Feroza V8 mebuat recovery ke atas 2 buah Suzuki Jimny yang tersangkut di SS4

Suzuki Pak Sarip di laluan SS4

Suzuki Pak Sarip beraksi

Suzuki Hamzah berada di laluan SS4

Suzuki Bang Mat Daging ketika melepasi pole laluan SS4


Gambar SS3 Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM

Cabaran SS3 ini dinamakan Cabaran Mengkuang sempena pokok mengkuang yang tumbuh berhampiran Sungai Badak ini. Laluan SS ini bermula dari petak mula dengan halangan pertamanya adalah memanjat tebing dengan sebuah pokok disebelah pemandunya.

Halangan kedua adalah menuruni tebing sungai dan menyusuri sungai serta memanjat kembali tebing sungai tersebut seterusnya menuju ke petak akhir,

Di akhir cabaran ini, terdapat 3 buah kenderaan mengalami masalah 'Clutch' habis dan kerosakan enjin. 

Keputusan untuk cabaran ini adalah:
1. Bang Mat Daging
2. Hamzah
3. Din Triton
4. Hafiz Abdullah
5. Chup Gulau
6. Halim Oren
7. Shahril
8. Shakir
9. Mat Pomen
10. Li Pak Hitam

DNF:
Lokman Hakim
Pak Sarip
Ghazali Hashim
Pajero Shakir berlepas dari tapak mula SS3

Pajero Shakir menyusuri Sg. Badak

Pajero Shakir memanjat tebing Sg. Badak

Akhirnya Pajero Shakir berjaya menempuh halangan kedua SS3

Feroza Li Pak Hitam menyusuri Sg. Badak

Feroza Li Pak Hitam memanjat tebing Sg. Badak. Kelihatan 'Clutch' mula terbakar

Akhirnya kenderaan Pajero Li Pak Hitam terpaksa ditarik keluar dengan Feroza V8

Suzuki Chup Gulau berlepas dari petak mula

Suzuki Chup Gulau menghampiri halangan pertama SS3

Suzuki Chup Gulau memanjat tebing dan terkandas di pokok

Suzuki Ghazali Hashim bersedia untuk berlepas dari petak mula SS3

Suzuki Ghazali Hashim tiba di petak akhir setelah kerosakan enjin.

Suzuki Halim Oren menyusuri Sg. Badak

Suzuki Halim Oren memanjat tebing Sg. Badak

Suzuki Din Triton tiba di petak akhir

Suzuki Pak Sarip terbenam di tepi Sg. Badak

Suzuki Hamzah beraksi di tepi Sg. Badak

Terpaksa menggunakan winch untuk memanjat tebing Sg. Badak

Co-pilot Bang Mat Daging sedang menekan StopWatch untuk memulakan SS3

Suzuki Bang Mat Daging berlepas dari petak mula

Suzuki Bang Mat Daging memanjat tebing bagi melepasi halangan pertama SS3

Suzuki Bang Mat Daging memanjat tebing Sg. Badak

Suzuki Bang Mat Daging terbabas dan melanggar pokok buluh.

Feroza V8 Hafiz memanjat tebing Sg. Badak

Gambar SS2 Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM

Cabaran SS2 ini dinamakan Cabaran Kumbar sempena pokok kumbar yang tumbuh disekeliling laluan ini.
Laluan SS ini bermula dari petak mula dengan halangan pertamanya adalah memanjat tebing dengan pokok buluh disebelah pemandunya dan pokok kumbar di sekelilingnya.

Halangan kedua adalah menuruni tebing dan menaiki tebing laluan air dan seterusnya menuju ke petak akhir,

Semua kenderaan berjaya menamatkan cabaran ini tanpa sebarang masalah.

Keputusan untuk cabaran ini adalah:
1. Ghazali Hashim
2. Chup Gulau
3. Mat Pomen
4. Bang Mat Daging
5. Din Triton
6. Halim Oren
7. Hafiz Abdullah
8. Hamzah
9. Li Pak Hitam
10. Pak Sarip
11. Shakir
12. Lokman Hakim

DNF:
Shahril



Suzuki Mat pomen tiba di halangan pertama SS2

Suzuki Mat pomen beraksi di halangan pertama SS2

Feroza Lukman beraksi di halangan pertama SS2

Feroza Lukman gagal di halangan pertama SS2

Co-piolot Feroza Lukman terpaksa menggunakan winch di halangan pertama SS2

Pajero Shakir tiba di halangan pertama SS2

Pajero Shakir beraksi di halangan pertama SS2

Pajero Shakir berkubang di halangan pertama SS2

Akhirnya Pajero Shakir terpaksa menggunakan winch di halangan pertama SS2

Feroza Li Pak Hitam beraksi di halangan pertama SS2

Feroza Li Pak Hitam rosak di halangan pertama

Suzuki Chup Gulau beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Chup Gulau terpaksa menggunakan winch di halangan pertama SS2

Suzuki Ghazali Hashim berjaya melepasi halangan pertama SS2 tanpa menggunakan winch

Suzuki Halim Oren beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Halim Oren terpaksa menggunakan winch di halangan pertama SS2

Suzuki Shahril beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Shahril gagal mengeluarkan winch di halangan pertama SS2 dan kenderaan recovery terpaksa mengeluarkannya.

Suzuki Shahril akhirnya berjaya melepasi halangan pertama SS2 dengan bantuan winch

Suzuki Din Triton beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Din Triton berjaya melepasi halangan pertama SS2

Suzuki Pak Sarip beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Hamzah beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Hamzah berhempas pulas untuk melepasi halangan pertama SS2

Suzuki Bang Mat Daging beraksi di halangan pertama SS2

Suzuki Bang Mat Daging berhempas pulas untuk melepasi halangan pertama SS2

Feroza V8 Hafiz beraksi di halangan pertama SS2

Walaupun enjinnya gagah, namun Feroza V8 ini gagal melepasi halangan pertama tanpa menggunakan winch.