Saturday 8 November 2014

Gambar SS3 Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM

Cabaran SS3 ini dinamakan Cabaran Mengkuang sempena pokok mengkuang yang tumbuh berhampiran Sungai Badak ini. Laluan SS ini bermula dari petak mula dengan halangan pertamanya adalah memanjat tebing dengan sebuah pokok disebelah pemandunya.

Halangan kedua adalah menuruni tebing sungai dan menyusuri sungai serta memanjat kembali tebing sungai tersebut seterusnya menuju ke petak akhir,

Di akhir cabaran ini, terdapat 3 buah kenderaan mengalami masalah 'Clutch' habis dan kerosakan enjin. 

Keputusan untuk cabaran ini adalah:
1. Bang Mat Daging
2. Hamzah
3. Din Triton
4. Hafiz Abdullah
5. Chup Gulau
6. Halim Oren
7. Shahril
8. Shakir
9. Mat Pomen
10. Li Pak Hitam

DNF:
Lokman Hakim
Pak Sarip
Ghazali Hashim
Pajero Shakir berlepas dari tapak mula SS3

Pajero Shakir menyusuri Sg. Badak

Pajero Shakir memanjat tebing Sg. Badak

Akhirnya Pajero Shakir berjaya menempuh halangan kedua SS3

Feroza Li Pak Hitam menyusuri Sg. Badak

Feroza Li Pak Hitam memanjat tebing Sg. Badak. Kelihatan 'Clutch' mula terbakar

Akhirnya kenderaan Pajero Li Pak Hitam terpaksa ditarik keluar dengan Feroza V8

Suzuki Chup Gulau berlepas dari petak mula

Suzuki Chup Gulau menghampiri halangan pertama SS3

Suzuki Chup Gulau memanjat tebing dan terkandas di pokok

Suzuki Ghazali Hashim bersedia untuk berlepas dari petak mula SS3

Suzuki Ghazali Hashim tiba di petak akhir setelah kerosakan enjin.

Suzuki Halim Oren menyusuri Sg. Badak

Suzuki Halim Oren memanjat tebing Sg. Badak

Suzuki Din Triton tiba di petak akhir

Suzuki Pak Sarip terbenam di tepi Sg. Badak

Suzuki Hamzah beraksi di tepi Sg. Badak

Terpaksa menggunakan winch untuk memanjat tebing Sg. Badak

Co-pilot Bang Mat Daging sedang menekan StopWatch untuk memulakan SS3

Suzuki Bang Mat Daging berlepas dari petak mula

Suzuki Bang Mat Daging memanjat tebing bagi melepasi halangan pertama SS3

Suzuki Bang Mat Daging memanjat tebing Sg. Badak

Suzuki Bang Mat Daging terbabas dan melanggar pokok buluh.

Feroza V8 Hafiz memanjat tebing Sg. Badak

No comments:

Post a Comment