Saturday 31 December 2016

Lawatan aktiviti UMS4WDVC membuka trek mendaki Bukit UMS

31.12.2016 - Lawatan ke UMS 4WD Volunteer Club (UMS4WDVC). Menyerahkan sticker event UUM4X4SINTOK Discover UUM 2016 dan menyertai sekejap operasi kelab membuka trek mendaki baru ke UMS peak. Tahniah UMS4WDVC.

Menyerahkan cenderahati sticker UUM4X4SINTOK Discover UUM 2016 kepada - Profesor Dr. Shahril Yusof. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).





 

Tentatif Aktiviti UUM4x4Sintok 2016 (Ogos-Disember)



Bulan
Tarikh
Hari
Aktiviti
Ogos
4
Khamis
Latihan 4x4 (Tasik Sintok)
18
Khamis
Camping Sungai Badak
25
Khamis

31
Rabu
Hari Kemerdekaan: Ekspedisi Sungai Kecik
September
16
Jumaat
Hari Malaysia

17
Sabtu
18
Ahad
30
Jumaat
Jambori KJSM – Kg. Chatel, Kelantan
(30/9-2/10)
Oktober
1
Sabtu
2
Ahad
7 Jumaat Camping Tasik Sintok
12 Rabu Trekking trek 4x4
20
Khamis
Latihan 4x4
28 Jumaat

29
Sabtu
November
10
Khamis

Cadangan aktiviti utama sempena Konvo UUM: Ekspedisi 4x4 Hutan Sintok 
11
Jumaat

12
Sabtu

13
Ahad
14
Isnin
15
Selasa
16
Rabu
Disember
6
Selasa
*Tentatif/Cadangan aktiviti
Lawatan/sambutan peserta Jelajah Malaysia dari Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau dan RTM
7 Rabu

Monday 14 November 2016

UUM4x4Sintok Discover UUM 2016 - Jelajah Air Terjun Sintok

Sambungan daripada aktiviti Discover UUM 2016 sempena Konvokesyen UUM ke-29, satu ekspedisi 4x4 ke Air Terjun Sintok telah dijalankan pada petang hari Jumaat (11/11/2016). Tujuan ekspedisi ini ialah untuk memberikan pengalaman kepada peserta trek 4x4 yang ada di dalam UUM dan melihat air terjun Sintok walaupun saiznya yang kecil tetapi agak tinggi. 

Trek Air Terjun Sintok bermula dari Gate 3 di belakang padang golf sehingga ke sempadan kawasan UUM dan air terjun tersebut terletak di dalam Hutan Simpan yang berdekatan dengan pos sempadan Malaysia-Thailand (Pos 12). Keunikan kawasan ini ialah air terjun batuan lebih kurang 60 kaki tinggi.

Lokasi Air Terjun Sintok berdekatan Pos 12
   
Sungai di sempadan Hutan simpan UUM dan Hutan Simpan Sungai Badak


Sungai dari Air Terjun Sintok

 
Air Terjun Sintok

Ekspedisi ke Air Terjun Sintok pada Jumaat petang telah di mulakan pada jam 4.00pm dari kem UUM4x4Sintok melalui Gate 3 dan seterusnya ke lokasi yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

 
 
 
 

Melawat Pos 11 dan memaklumkan kemasukan konvoi kepada pegawai bertugas.

 
 
Kerjasama membersihkan jalan disebabkan pokok tumbang

 

Peserta gembira sampai di destinasi berdekatan dengan Air Terjun Sintok

Peserta trekking sikit ke Air Terjun SIntok


Peserta mengambil gambar di kawasan Air Terjun Sintok

Konvoi telah memulakan perjalanan balik pada jam 6 petang dan tiba di Gate 3 pada jam 7 petang. Semua peserta ekspedisi kali ini menyatakan yang walaupun trek yang pendek tetapi pengalaman menjelajah hutan di UUM dengan keunikannya yang tersendiri. Ramai peserta yang bertanya bila lagi aktiviti seterusnya.  

UUM4x4Sintok Discover UUM 2016 - Perkhemahan dan Jelajah Hutan Sintok

Bersempena dengan Discover UUM 2016 dan Konvokesyen ke-29 UUM, Kelab UUM4x4Sintok telah mengadakan satu aktiviti santai perkumpulan dan perkhemahan peminat 4x4 di kalangan staf serta rakan-rakan dari sekitar UUM. Antara jemputan yang datang memeriahkan aktiviti ini ialah dari Kelab Pajero Malaysia (Utara) dan Kelab Jimny Samurai Malaysia (Perak).  

Aktiviti perkhemahan ini telah diadakan di lokasi yang damai dengan deruan air terjun mini Sungai Badak berdekatan dengan kem PLKN. Persiapan awal telah dibuat dengan mendirikan khemah sementara pada awal minggu bagi membolehkan peserta bermalam di dalam kawasan kem UUM4x4Sintok. Seawal petang hari Khamis (10/11/2016), beberapa peserta telahpun berada di lokasi di samping sempat melawat pesta konvokesyen pada tahun ini. 

Deruan Sungai Badak di Kem UUM4x4Sintok yang mendamaikan

 Membersihkan jalan masuk ke kem UUM4x4Sintok


Memasang Khemah

 Proses mendirikan khemah dan tempat duduk

Mengganti jambatan kayu yang telah reput ke kem UUM4x4Sintok


Keesokan harinya iaitu pada 11/11/2016 (Jumaat), peserta telah dibawa untuk menjelajah trek Sungai Badak.  


   
 
 

Kawasan lalang di dalam Hutan Sintok