Monday 14 November 2016

UUM4x4Sintok Discover UUM 2016 - Perkhemahan dan Jelajah Hutan Sintok

Bersempena dengan Discover UUM 2016 dan Konvokesyen ke-29 UUM, Kelab UUM4x4Sintok telah mengadakan satu aktiviti santai perkumpulan dan perkhemahan peminat 4x4 di kalangan staf serta rakan-rakan dari sekitar UUM. Antara jemputan yang datang memeriahkan aktiviti ini ialah dari Kelab Pajero Malaysia (Utara) dan Kelab Jimny Samurai Malaysia (Perak).  

Aktiviti perkhemahan ini telah diadakan di lokasi yang damai dengan deruan air terjun mini Sungai Badak berdekatan dengan kem PLKN. Persiapan awal telah dibuat dengan mendirikan khemah sementara pada awal minggu bagi membolehkan peserta bermalam di dalam kawasan kem UUM4x4Sintok. Seawal petang hari Khamis (10/11/2016), beberapa peserta telahpun berada di lokasi di samping sempat melawat pesta konvokesyen pada tahun ini. 

Deruan Sungai Badak di Kem UUM4x4Sintok yang mendamaikan

 Membersihkan jalan masuk ke kem UUM4x4Sintok


Memasang Khemah

 Proses mendirikan khemah dan tempat duduk

Mengganti jambatan kayu yang telah reput ke kem UUM4x4Sintok


Keesokan harinya iaitu pada 11/11/2016 (Jumaat), peserta telah dibawa untuk menjelajah trek Sungai Badak.  


   
 
 

Kawasan lalang di dalam Hutan Sintok

 


No comments:

Post a Comment