Monday 2 February 2015

HEBAT AKSI 4X4 IBU PEJABAT POLIS TIBA DI WELCOME CENTRE


02 FEBRUARI 2015 / 12 RABIULAKHIR 1436H
===================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Oleh: H. Rasidah H. Rodzi
Gambar oleh: Anjung Tamu

ANJUNG TAMU ONLINE: Segak dan tampan penampilan delegasi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Pulau Pinang yang melawat Welcome Centre baru-baru ini.

Deretan 13 buah pacuan empat roda membanjiri Welcome Centre yang diketuai oleh Inspektor Mohammad Safwan Hj. Zakaria dari IPK Perlis. Suasana ini menyerlahkan lagi bangunan Welcome Centre yang tersergam indah di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia (UUM).

Delegasi seramai 35 anggota itu singgah ke Welcome Centre untuk mendapatkan informasi awal mengenai UUM sebelum mengikuti Latihan Pengendalian Kenderaan 4x4 dengan kerjasama Kelab UUM 4x4 Sintok. Taklimat umum UUM dan peta kampus telah disediakan Welcome Centre kepada delegasi tersebut.

Menurut Insp. Mohammad, “pada keseluruhannya konsep Anjung Tamu UUM menarik dan mesra alam.” Beliau berharap konsep ini dapat dikekalkan dan ditambah baik.

Umum mengetahui bahawa pacuan empat roda mempunyai keupayaan di atas dan di luar jalan raya. Malahan istilah ini tidak digunakan di semua negara dan di luar Amerika Utara istilah seperti "kenderaan luar jalan raya," "pacuan empat roda" (termasuk kependekan "4WD" atau "4x4") digunakan.

Dalam pada itu, Setiausaha UUM 4x4 Sintok, Mohd Tarmizi Musa dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) gembira menerima dan menyambut delegasi IPK di Welcome Centre.

Beliau berkata, “Inilah peluang membina jalinan kerjasama dan berkongsi kemahiran dalam latihan pengendalian 4x4.”

Kemantapan gandingan delegasi IPK dan Kelab UUM 4x4 Sintok bagi latihan pengendalian pacuan empat roda menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara IPK Perlis dan Pulau Pinang dengan UUM.

Peluang bersama delegasi IPK secara tidak langsung dapat mempromosikan UUM di samping mengenali mereka yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara kita selama ini.

Syabas kepada Kelab UUM 4x4 Sintok!
  
==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095

No comments:

Post a Comment