Monday 9 February 2015

MEDIA TV3 TEROKAI KEINDAHAN HUTAN SINTOK


10 FEBRUARI 2015 / 20 RABIULAKHIR 1436H
=====================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
 
Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

UUM ONLINE: 10 Februari - Berakhirnya program Media Familiarization Trip (MFT) 2015 di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama tiga hari, wakil media TV3 mengambil kesempatan menjalankan rakaman mengenai keindahan hutan Sintok, semalam.
Lawatan wakil TV3 iaitu Salina Zakaria, Abd Aziz Ahmad dan Shahfuanuar Saidin telah dibantu oleh  Penolong Pemelihara Hutan Kanan, En. Amran Mahmud, dan Pengawas Hutan, En.Ramli Osman dari Jabatan Pembangunan dan Penyengaraan (JPP) UUM.
Ketiga-tiga wakil media tersebut dibawa melawat menara tinjau burung dan hidupan liar, pokok merbau terbesar UUM, sempadan UUM dan Thailand dan juga pokok Sintok yang menjadi ikon Anjung Tamu.
Mereka telah diberikan taklimat dan penerangan lanjut mengenai kehidupan flora dan fauna yang terdapat dalam hutan Sintok.
Lawatan ke hutan Sintok juga turut mendapat kerjasama Persatuan 4x4 UUM dan Jabatan Keselamatan UUM sepanjang proses rakaman berlangsung.

           
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3040/3048/3049/3052
FAKS: 04-928 3053

No comments:

Post a Comment