Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Monday, 2 February 2015

Ekspedisi Offroad IPK Perlis

Beberapa gambar sebahagian daripada aktiviti kursus 4x4 IPK Perlis bertempat di Park & Recreation UUM (11-15/1/2015).

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

2015.01 - IPK Perlis Offroad

HEBAT AKSI 4X4 IBU PEJABAT POLIS TIBA DI WELCOME CENTRE


02 FEBRUARI 2015 / 12 RABIULAKHIR 1436H
===================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Oleh: H. Rasidah H. Rodzi
Gambar oleh: Anjung Tamu

ANJUNG TAMU ONLINE: Segak dan tampan penampilan delegasi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Pulau Pinang yang melawat Welcome Centre baru-baru ini.

Deretan 13 buah pacuan empat roda membanjiri Welcome Centre yang diketuai oleh Inspektor Mohammad Safwan Hj. Zakaria dari IPK Perlis. Suasana ini menyerlahkan lagi bangunan Welcome Centre yang tersergam indah di pintu masuk utama Universiti Utara Malaysia (UUM).

Delegasi seramai 35 anggota itu singgah ke Welcome Centre untuk mendapatkan informasi awal mengenai UUM sebelum mengikuti Latihan Pengendalian Kenderaan 4x4 dengan kerjasama Kelab UUM 4x4 Sintok. Taklimat umum UUM dan peta kampus telah disediakan Welcome Centre kepada delegasi tersebut.

Menurut Insp. Mohammad, “pada keseluruhannya konsep Anjung Tamu UUM menarik dan mesra alam.” Beliau berharap konsep ini dapat dikekalkan dan ditambah baik.

Umum mengetahui bahawa pacuan empat roda mempunyai keupayaan di atas dan di luar jalan raya. Malahan istilah ini tidak digunakan di semua negara dan di luar Amerika Utara istilah seperti "kenderaan luar jalan raya," "pacuan empat roda" (termasuk kependekan "4WD" atau "4x4") digunakan.

Dalam pada itu, Setiausaha UUM 4x4 Sintok, Mohd Tarmizi Musa dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) gembira menerima dan menyambut delegasi IPK di Welcome Centre.

Beliau berkata, “Inilah peluang membina jalinan kerjasama dan berkongsi kemahiran dalam latihan pengendalian 4x4.”

Kemantapan gandingan delegasi IPK dan Kelab UUM 4x4 Sintok bagi latihan pengendalian pacuan empat roda menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara IPK Perlis dan Pulau Pinang dengan UUM.

Peluang bersama delegasi IPK secara tidak langsung dapat mempromosikan UUM di samping mengenali mereka yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara kita selama ini.

Syabas kepada Kelab UUM 4x4 Sintok!
  
==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095

Tuesday, 15 April 2014

PERLIS 4X4 GATHERING

PERLIS 4X4 GATHERING sempena KARNIVAL FIESTA MESRA BELIA & INDUSTRI SUKAN BERMOTOR PERLIS 2014

Tarikh: 25 - 26 April 2014
Tempat: Wang Kelian (6°41'51.4"N 100°11'28.9"E)

Terbuka kepada semua kenderaan 4wd (standard, modified, pickup 2dr/4dr)

Penyertaan: PERCUMA
T-shirt & Sticker: PERCUMA
(*Tertakluk kepada syarat2 penyertaan*)

Tentatif Event:

25 April 2014 (Jumaat)
5 pm - Pendaftaran di buka
- Rehat / Santai / Mandi-Manda
- Camping

26 April 2014 (Sabtu)
8 am - Shopping di pasar sehari Wang Kelian / Meneroka Gua Wang Burma
12 pm - Pendaftaran ditutup / Rehat
2 pm - Konvoi ke Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar.
3 pm - Perasmian/Pelancaran/Flag-Off
5 pm - Tamat

Syarat-syarat penyertaan:
1. Datang dengan membawa kenderaan 4WD.
2. Mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Menjaga kebersihan kawasan sepanjang event.
4. Peralatan perkhemahan/memasak dan makanan TIDAK disediakan.
5. Keselamatan dan perbelanjaan lain adalah tanggung jawab peserta sendiri.
6. Mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan-jabatan lain yang terlibat seperti Majlis Belia Negeri, Jabatan Hutan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dll.
8. PENGANJUR tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan PESERTA.
9. Segala keputusan PENGANJUR adalah muktamad.
10. Lain2 syarat yang akan diberitahu kemudian.

Nota:
1. Bilangan T-shirt & Sticker terhad kepada 50 kenderaan 4WD terawal yang mendaftar tertakluk kepada bilangan saiz yang disediakan.
2. Setiap kenderaan 4WD dibekalkan 2 helai T-Shirt dan 2 keping sticker event.
3. Pendaftaran awal amatlah digalakkan & dialu2kan.

Anjuran:
Majlis Belia Negeri Perlis

Dengan Kerjasama:
Jat Carera 4x4 Shoppe (Langkawi), Kedah Offroad Adventure Club,UUM4x4Sintok

T-Shirt Design:

Streamer: 

Poster: