Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, 8 February 2016

XPDC Air Ganda 6 - 8 Feb 2016

XPDC Air Ganda 
6 - 8 Feb 2016

Gerik - Bukit Sapi - Lasah - Air Dala - Air Ganda

XPDC Air Ganda CNY 6 - 8 Feb 2016 ini disertai oleh peserta-peserta dari Kelab Jimny Samurai Malaysia (KJSM), Kedah Offroad Adventure Club (KOAC), UUM4x4Sintok, Jat Carera Group, Pajero Club Malaysia & Friends (PCMF), Landy Malaysia, Navara, Triton, dan juga individu2. 

Peserta yang terdiri daripada lebih 50 jalopi dari Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan mula berkumpul di hadapan IPD Gerik mulai jam 1000hrs 6/2/2016 dan bergerak ke jalan Gerik - K.Kangsar menghala ke Lenggong untuk ke destinasi pertama, iaitu Bukit Sapi. Perjalanan offroad ke campsite Bukit Sapi adalah lebih kurang 15km dan peserta tiba di campsite lebih kurang jam 1600 hrs dan bermalam di situ.

Pukul 1400hrs 7/2/2016 konvoi bergerak lebih kurang 20km turun ke Lasah dan naik semula melalui Kampung Terhem ke Campsite ke2 yang jaraknya lebih kurang 25km. Konvoi tiba di campsite Air Dala lebih kurang jam 2100hrs setelah melalui beberapa rintangan seperti membaiki jambatan yang roboh, mendaki dan menuruni bukit yang licin, melintas titi kayu dan anak sungai.

Pada 8/2/2016 jam 1300hrs konvoi bergerak keluar dari AIr Dala melalui 3 buah perkampungan orang asli dan Felda Tawai menuju ke Kg Air Ganda setelah mengharungi jalan offroad sejauh 35km dan onroad sejauh 10km. Peserta konvoi yang berjaya menamatkan XPDC sebanyak 30 jalopi tiba di Kg Air Ganda pada jam 1700hrs dan setelah bergambar beramai2, peserta mula pulang ke destinasi masing2.















































Saturday, 8 November 2014

Gambar SS4 Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM

Cabaran SS4 ini dinamakan sebagai Cabaran Rotan sempena pokok rotan yang tumbuh sepanjang laluan ini. Pada asalnya laluan SS ini bermula dari petak mula dengan halangan pertamanya adalah melepasi laluan air serta memanjat tebing dengan pokok di kiri kanan laluan.

Halangan kedua pula adalah membuat pusingan 8 di dalam lopak air antara pokok-pokok.

Halangan ketiga adalah melepasi laluan air serta memanjat tebing ke petak akhir.

Namun, laluan ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan laluan lain memandangkan masa yang agak lewat serta bilangan kenderaan yang rosak meningkat. Laluan alternatif ini hanya memerlukan peserta melalui 'pole' atau tiang dari petak mula dan balik semula ke petak akhir.  Walaupun laluan ini kelihatan mudah, tetapi keadaan laluan yang berlumpur menyukarkan juga peserta untuk menamatkan cabaran. 

Keputusan untuk cabaran ini adalah:
1. Ghazali Hashim
2. Chup Gulau
3. Din Triton
4. Pak Sarip
5. Hamzah
6. Bang Mat Daging

DNF:
Shahril
Halim Oren
Mat Pomen
Hafiz Abdullah

DNS:
Shakir
Lokman Hakim
Li Pak Hitam

Pajero Shakir di laluan SS4

Suzuki Chup Gulau melepasi 'pole' di SS4

Suzuki Chup Gulau menuju ke petak akhir SS4

Ghazali Hashim membawa Suzuki SJ ke petak mula SS4

Suzuki Ghazali Hashim menyahut cabaran SS4

Suzuki Ghazali Hashim beraksi di SS4

Feroza V8 mebuat recovery ke atas 2 buah Suzuki Jimny yang tersangkut di SS4

Suzuki Pak Sarip di laluan SS4

Suzuki Pak Sarip beraksi

Suzuki Hamzah berada di laluan SS4

Suzuki Bang Mat Daging ketika melepasi pole laluan SS4