Showing posts with label discoveruum. Show all posts
Showing posts with label discoveruum. Show all posts

Saturday, 25 May 2024

Cuci-Cuci Trek UUM (24 - 25 Mei 2024)

 Hari pertama mencuci trek 4x4 UUM bermula dari Gate 4 ke Gate 5, dan dari dusun ke laluan trek balak lama. Kekuatan jentera, 2 jimny dan sebuah Pajero Tok Tenun. Keadaan laluan agak teruk kerana laluan lama tidak kelihatan. Terpaksa menebang anak² pokok dengan parang & chainsaw. Penggunaan winch sekali semasa membuka laluan ke sungai. Tayar pajero pancit akibat tercucuk duri sembilu dan terpaksa membawa keluar untuk di tukarkan tiub. Masuk rescue semula lewat petang dan kembali semula ke campsite UUM4X4Sintok untuk berehat dan tidur.













Hari kedua bermula dengan dua jentera shj dengan kekuatan 8 org dari Campsite UUM4X4Sintok menuju ke tempat terakhir hari pertama. Cucian bermula dengan menebang anak² pokok menuju ke laluan trek balak lama. Diatas laluan balak, banyak kerja² cucian dilakukan dengan menebas dan memotong pokok yg jatuh menghalang laluan. Jam 1tghari, Tok Tenun berehat sebentar kerana sebelah kakinya jatuh gaung. Setelah winching, dan berada di atas laluan, kani berehat sebentar untuk mendapatkan semula tenaga. Kami tiba di puncak Bukit Dagu lebih kurang jam 2.30 ptg, di mana kami diuji dengan kehabisan minyak chainsaw. Terdapat beberapa batang balak melintang laluan turun menyebabkan sy dan cikgu man terpaksa mengambil keputusan utk berjalan kaki menuruni bukit menuju je PnR untuk mendapatkan bekalan minyak 2T chainsaw. Semasa kami berjalan kaki, kami mendengar rakan² mengecas kenderaan melanggar batang² balak tersebut dan tiba di V slope. Setelah mendapatkan bekalan minyak, kami berjalan semula ke tempat jip dan bertemu rakan² dipersimpangan lalaun balak dan PnR. Laluan ini disifatkan superhardcore. Akhirnya kami sampai di PnR jam 4.30ptg.


















































Monday, 14 November 2016

UUM4x4Sintok Discover UUM 2016 - Jelajah Air Terjun Sintok

Sambungan daripada aktiviti Discover UUM 2016 sempena Konvokesyen UUM ke-29, satu ekspedisi 4x4 ke Air Terjun Sintok telah dijalankan pada petang hari Jumaat (11/11/2016). Tujuan ekspedisi ini ialah untuk memberikan pengalaman kepada peserta trek 4x4 yang ada di dalam UUM dan melihat air terjun Sintok walaupun saiznya yang kecil tetapi agak tinggi. 

Trek Air Terjun Sintok bermula dari Gate 3 di belakang padang golf sehingga ke sempadan kawasan UUM dan air terjun tersebut terletak di dalam Hutan Simpan yang berdekatan dengan pos sempadan Malaysia-Thailand (Pos 12). Keunikan kawasan ini ialah air terjun batuan lebih kurang 60 kaki tinggi.

Lokasi Air Terjun Sintok berdekatan Pos 12
   
Sungai di sempadan Hutan simpan UUM dan Hutan Simpan Sungai Badak


Sungai dari Air Terjun Sintok

 
Air Terjun Sintok

Ekspedisi ke Air Terjun Sintok pada Jumaat petang telah di mulakan pada jam 4.00pm dari kem UUM4x4Sintok melalui Gate 3 dan seterusnya ke lokasi yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

 
 
 
 

Melawat Pos 11 dan memaklumkan kemasukan konvoi kepada pegawai bertugas.

 
 
Kerjasama membersihkan jalan disebabkan pokok tumbang

 

Peserta gembira sampai di destinasi berdekatan dengan Air Terjun Sintok

Peserta trekking sikit ke Air Terjun SIntok


Peserta mengambil gambar di kawasan Air Terjun Sintok

Konvoi telah memulakan perjalanan balik pada jam 6 petang dan tiba di Gate 3 pada jam 7 petang. Semua peserta ekspedisi kali ini menyatakan yang walaupun trek yang pendek tetapi pengalaman menjelajah hutan di UUM dengan keunikannya yang tersendiri. Ramai peserta yang bertanya bila lagi aktiviti seterusnya.