Showing posts with label tinjauan. Show all posts
Showing posts with label tinjauan. Show all posts

Friday, 19 February 2016

Trip to Sg Badak Waterfall

Trip to Sg Badak Waterfall (Jumaat 19 Feb 2016)

Air Terjun Sg. Badak terletak di antara ladang kelapa sawit Sykt. Badak Plantation dan hutan simpanan Sg. Badak. Air dari Sg Badak ini mengalir masuk ke dalam kawasan UUM. Jarak dari UUM ke air terjun Sg. Badak ini adalah lebih kurang 3km sekiranya trekking melalui sungai.

Trip ini disertai oleh 2 orang ahli kelab UUM4x4Sintok dan seorang wakil ahli kelab pajero PCMF. Pada hari Jumaat, 19 Feb 2016, jam 1530hrs, semua peserta berkumpul di hadapan Anjung Tamu UUM. Selepas mengambil gambar dan membeli sedikit bekalan makanan, 3 jalopi mula bergerak meninggalkan kampus UUM menghala ke jalan Padang Sanai. Selepas 5 km dari UUM, konvoi tiba ke jalan masuk tanah merah menghala ke ladang kelapa sawit Sykt. Badak Plantation dan hutan simpanan Sg. Badak. Keadaan jalan masuk diklasifikasikan sebagai jalan light-offroad, kerana permukaan jalan yang kering. Setelah memandu lebih kurang 10 minit (2km offroad), maka konvoi telahpun sampai ke pintu masuk ladang kelapa sawit. Team Leader, Meijie Mosh mengetuai konvoi mengikut laluan sebelah kiri ladang menuruni bukit menuju ke air terjun Sg. Badak. Peserta tiba di air terjun lebih kurang jam 1615hrs tanpa menghadapai sebarang halangan / rintangan. Semua peserta berehat seketika sambil mengambil gambar dan menikmati alam semulajadi yang terdapat disekitar air terjun tersebut.

Tepat jam 1700hrs, memandangkan waktu masih lagi terlalu awal untuk pulang, konvoi bercadang untuk memandu santai meneroka kawasan sekitar. Bersebelahan dengan air terjun Sg. Badak, terdapat satu trek yang baru dibuka (agaknya kurang dari setahun memandangkan laluannya masih agak baru). Konvoi bercadang untuk mengikut laluan tersebut mendaki dan menuruni bukit dan akhirnya peserta konvoi ke satu kawasan bukit yang agak tinggi. Sebuah jalopi peserta mengalami sedikit kerosakan "mounting" menyebabkan jalopi tersebut terpaksa menggunakan winch untuk sampai ke puncak. Setelah memperbaiki sedikit kerosakan, konvoi meneruskan perjalanan, namun tidak sampai 2 minit, Team Leader terpaksa berhenti kerana terperanjat melihat gulungan kawat berduri dan papan tanda dengan tulisan Thai di hadapan. Setelah diperhatikan dan melihat sekeliling, peserta percaya bahawa mereka berada di atas tanah "no man land" iaitu betul-betul di atas tanah sempadan Malaysia - Thailand. Memandangkan laluan disekat dengan kawat berduri, serta kemungkinan peserta di dalam kawasan larangan, maka konvoi bercadang untuk berpatah balik ke air Terjun Sg. Badak seterusnya pulang ke destinasi. Akhirnya peserta konvoi tiba di hadapan UUM sekitar jam 1900hrs dan setelah berhenti makan dan minum sebentar peserta pun pulang ke destinasi masing-masing.





















Friday, 31 October 2014

Gambar sekitar lokasi Event Cabaran 4x4 UUM 2014

Cabaran 4x4 UUM 2014
Tarikh: 8 Nov 2014 (Sabtu)
Tempat: Tapak Perkhemahan 4x4 UUM Sintok, Kedah.
Anjuran: UUM4x4Sintok & Kedah Offroad Adventure Club (KOAC)

Kenderaan Urusetia di tempat meletak kenderaan bangunan SOC, CAS

Pintu laluan ke tapak perkhemahan 4x4

Jambatan yang perlu dilalui oleh peserta event

Laluan ke tapak perkhemahan 4x4

Keadaan tapak perkhemahan 4x4 sebelum dibersihkan

Pembersihan kawasan sedang dilakukan

Berehat sementara di khemah urusetia

Bermalam di tapak perkhemahan 4x4

Sungai berhampiran tapak perkhemahan 4x4

Sungai berhampiran tapak perkhemahan 4x4 sudah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Kawasan sekitar tapak perkhemahan 4x4 setelah dibersihkan

Sungai sebagai punca air utama ketika event

Khemah urusetia

Sunday, 28 September 2014

Mencuci Trek UUM sempena Pesta Konvokesyen UUM 2014

Gambar-gambar semasa trip/ekspedisi mencuci trek/laluan pacuan empat roda 
anjuran Kelab UUM4x4 Sintok.
Tarikh: 28 September 2014