Monday, 14 November 2016

UUM4x4Sintok Discover UUM 2016 - Perkhemahan dan Jelajah Hutan Sintok

Bersempena dengan Discover UUM 2016 dan Konvokesyen ke-29 UUM, Kelab UUM4x4Sintok telah mengadakan satu aktiviti santai perkumpulan dan perkhemahan peminat 4x4 di kalangan staf serta rakan-rakan dari sekitar UUM. Antara jemputan yang datang memeriahkan aktiviti ini ialah dari Kelab Pajero Malaysia (Utara) dan Kelab Jimny Samurai Malaysia (Perak).  

Aktiviti perkhemahan ini telah diadakan di lokasi yang damai dengan deruan air terjun mini Sungai Badak berdekatan dengan kem PLKN. Persiapan awal telah dibuat dengan mendirikan khemah sementara pada awal minggu bagi membolehkan peserta bermalam di dalam kawasan kem UUM4x4Sintok. Seawal petang hari Khamis (10/11/2016), beberapa peserta telahpun berada di lokasi di samping sempat melawat pesta konvokesyen pada tahun ini. 

Deruan Sungai Badak di Kem UUM4x4Sintok yang mendamaikan

 Membersihkan jalan masuk ke kem UUM4x4Sintok


Memasang Khemah

 Proses mendirikan khemah dan tempat duduk

Mengganti jambatan kayu yang telah reput ke kem UUM4x4Sintok


Keesokan harinya iaitu pada 11/11/2016 (Jumaat), peserta telah dibawa untuk menjelajah trek Sungai Badak.  


   
 
 

Kawasan lalang di dalam Hutan Sintok

 


Sunday, 6 November 2016

Eksplorasi 4x4 Hutan Sintok 2016

Acara mini UUM4x4Sintok pada 10/11-12/11. Dijemput untuk camping dan/atau offroad serta melawat pesta Konvo UUM. 

Tiada fee dan goodies. Harap Maklum.



Wednesday, 31 August 2016

Ekspedisi Air Terjun Sungai Kecik, Bukit Perangin Changlun

Ekspedisi mini ini telah dijalankan sempena Hari Kemerdekaan 2016 di samping menghayati alam sekitar yang semakin diasak pembangunan. Kawasan hutan Bukit perangin masih giat dibalak pada masa ini untuk mengeluarkan hasil balak yang bernilai tinggi. UUM4x4Sintok berharap aktivi memelihara hutan sentiasa diambil berat oleh semua pihak untuk diwarisi oleh anak cucu pada masa akan datang.





Sungai Kecik Changlun 4x4 Offroad
Sungai Kecik Changlun 4x4 OffroadSungai Kecik Changlun 4x4 Offroad








Tapak Tapir

Friday, 29 July 2016

Discover Seraya Waterfall, Padang Sanai, Kedah

Ekspedisi mini ini telah disertai oleh beberapa orang staf UUM dan rakan-rakan 4x4 daripada sekitar Kedah Utara. Air terjun Seraya terletak di bukit yang bersempadan dengan Thailand di daerah Padang Sanai.

 

Tuesday, 29 March 2016