Wednesday 25 July 2012

Next Event Map

This is a proposed track:
Sg. Sintok --> Dusun Mat Deen --> Air Terjun POS-12 --> Mardi Bkt Tangga

Tentative Event: 
3 days 2 Night

Category:
Fully Hardcore (winch is required)



Start at the "kedai makan" near the Sg. Sintok river,  on the way from UUM to Bukit Kachi College.  Go all the way up, passing by the route to Chancelory and way down to Dusun Mat Deen.  Have a campsite and overnight near the Sg. Badak river at Dusun Mat Deen.

Next day, from the Dusun Mat Deen, go to Air Terjun under the army POS-12.  Enjoy at the waterfall for lunch/dinner. May continue back to UUM or proceed to MARDI / Bkt Kayu Hitam.




Copyright Notice


"Learn from yesterday, Live for today, Hope for tomorrow."



The image that UUM4x4Sintok used in the logos, banners. etc. is downloaded from: http://www.vvallpaper.net



For Any Enquiries, Please Email to:

Tuesday 24 July 2012

Promotional Poster


Design by:

FAKHRUL ANUAR BIN AZIZ
Lecturer
School of Multimedia Technology & Communication
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok,Kedah.


Another one by:
UUM4x4Sintok Organizer


Monday 23 July 2012

Kelab UUM 4X4 Sintok Ditubuhkan


Kelab UUM 4X4 Sintok Ditubuhkan

Sent:        23 July 2012 11:23
To:          UUM - All StaffUUM - All Students

 

23 JULAI 2012 / 3 RAMADHAN 1433H
==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Mohd Tarmizi bin Musa

KELAB UUM 4X4 SINTOK DITUBUHKAN


UUM ONLINE: Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) bersetuju 
meluluskan penubuhan Kelab 4x4 Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM) 
di bawah Jawatankuasa Pengurusan Sukan menerusi satu mesyuarat yang 
diadakan pada 18 Julai 2012 yang dipengerusikan Naib Canselor UUM, 
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, bertempat di Bilik Mesyuarat Naib 
Canselor.

Pengerusi Kelab 4x4 Sintok, Prof Madya Dr Asan Ali Golam Hassan, berkata 
objektif penubuhan kelab ini ialah menyatukan individu yang berminat untuk 
menjalankan aktiviti lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan 
pacuan empat roda di samping mempromosikan UUM kepada masyarakat luar.

Katanya, kelab ini mampu memupuk semangat kesefahaman dan setia kawan 
dengan cara mewujudkan peluang untuk berinteraksi dalam program yang 
diadakan oleh kelab atau persatuan di bawah Pusat Kokurikulum, Hal Ehwal 
Pelajar (HEP) atau jabatan lain di UUM.

“Penubuhan kelab ini juga dapat membantu agensi kerajaan khususnya 
UUM dalam menjayakan kempen mempromosikan UUM, negeri dan negara 
seperti Tahun Melawat Malaysia, Cintai Alam Sekitar, Konvoi Merdeka dan 
sebagainya.

“Kelab ini juga menjadi satu platform untuk melaksanakan kerja-kerja amal 
dan bantuan kemanusiaan seperti bantuan mangsa banjir, pengagihan 
barang-barang zakat, program bersama anak yatim serta menyedikan 
perkhidmatan pengangkutan kepada jabatan di UUM dalam menjayakan 
aktiviti mereka,” katanya. 

Dr Asan Ali turut berkata, penubuhan Kelab 4x4 Sintok dijangka dapat 
meningkatkan pengetahuan ahli dalam pemanduan kenderaan secara 
konvoi, memahami aspek teknikal kenderaan pacuan empat roda, pandu 
arah di dalam hutan serta penggunaan peralatan seperti kompas, peta, 
Ground Positioning Satelite (GPS) dan teknik-teknik penggunaan Radio 
Amateur.

Katanya, keahlian kelab ini terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar 
UUM. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Kelab 
UUM 4x4 Sintok, Mohd Tarmizi Musa melalui emel 
tarmizi@uum.edu.my dan talian 017-5491438, atau melayari blog kelab ini 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016


UUM4x4Sintok Logo Contest

Whoever are interested in designing the logo of our UUM4x4Sintok please send an image file to uum4x4sintok@gmail.com. The winner will receive goodies from our committee and your logo will be used for our association.  The dateline of the contest is until 31st August 2012.

Example:
Color Version

Black & White Version

Flag


Another version...

Another version... (black & white)



For Any Enquiries, Please Email to:

Membership Application Form

The Membership Application Form can be downloaded HERE!


For Any Enquiries, Please Email to:

Saturday 21 July 2012

4x4 Cabaran Sintok II

NEXT EVENT




SOON AFTER RAMADAN MUBARAK!!!



For Any Enquiries, Please Email to:

Wednesday 4 July 2012

Event Map


Acara Cabaran 4x4 Sintok ini bermula di Kampus UUM pada 4 hb Julai 2012 dan berakhir pada 5 hb Julai 2012.  Pendaftaran dilakukan di dewan Muadzam Shah (MAS) mulai jam 9:00 pagi.  Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 setiap individu.  Yuran ini meliputi sehelai T-Shirt, pek minum pagi semasa pendaftaran, 2 pek makan tengahari, dan 2 helai sticker untuk setiap kenderaan.  Terdapat seramai 32 buah kenderaan pacuan empat roda yang mendaftarkan diri termasuk 6 buah kenderaan marhall.

Konvoi bergerak ke foyer canselori pada jam 10:00 pagi dan perasmian dan pelepasan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor UUM.  Setelah pelepasan, konvoi bergerak mengelilingi UUM, dan keluar dari UUM melalui pintu pagar utama ke Ladang Risda Bt 16 Sintok.  Keadaan cuaca begitu baik dengan hujan renyai-renyai membasahi trek laluan.  Ini menyebabkan keadaan jalan yang berdebu menjadi becak.  Dari ladang getah, konvoi memasuki hutan jati ke Sungai Kechik dan berhenti rehat di tepi sungai untuk makan tengahari dan solat zohor.

Pukul 2:00 petang, konvoi meneruskan perjalanan dengan mengikuti laluan batu kerikil dan melepasi beberapa halangan seperti sungai dan jalan berlumpur.  Konvoi seterusnya melalui beberapa buah kampung dan seterusnya memasuki trek paip gas. Trek ini bermula dari Wang Perah ke persimpangan Bukit Wang, Jitra.  Walaupun, hari pertama penganjur memaklumkan keadaan trek adalah bersifat lightcore/mediumcore tetapi penggunaan winch dibeberapa tempat terpaksa dilakukan juga.

Jam 7 petang, konvoi berhenti rehat di HT resort, Perik untuk solat Asar dan Maghrib.  Sementara menunggu, peserta2 expedisi menjamu selera dengan buah2an yang terdapat disitu (pick-your-own fruit) seperti rambutan, durian, manggis dan rambai.

Jam 8 malam, konvoi bergerak semula dari Perik melalui hutan Jati ke perhentian terakhir di Puncak Janing.  Semua peserta konvoi selamat sampai ke tapak perkhemahan pada jam 9 malam.


5 hb Julai 2012, kurang dari 20 kenderaan pacuan empat roda yang tinggal dan sanggup menghadapi cabaran hari kedua.  Jam 9:30 pagi, setelah tapak perkhemahan dibersihkan, konvoi bergerak dari Puncak Janing melalui denai2 hutan ke Sabok, Padang Sanai... Setelah melepasi beberapa halangan akhirnya konvoi sampai semula ke UUM pada jam 12:00 tengahari.  Setelah makan tengahari dan solat zohor, akhirnya Cabaran 4x4 Sintok pada hari kedua bermula.  Penganjur menjanjikan satu xpdc medium/mild hardcore pada hari kedua, tetapi ianya menjadi extreme hardcore kerana hujan yang berterusan sepanjang event.  Keadaan trek yang memerlukan winching sepanjang perjalanan menyukarkan laluan.  Daripada 13 buah jip yang merentasi sungai sintok, hanya 8 buah kenderaan sahaja yang berjaya keluar.  5 buah kenderaan terpaksa pusing balik ke permulaan kerana tidak mampu meneruskan perjalanan akibat kerosakan.  Akhirnya xpdc berakhir jam 1:30 pagi, dan semua peserta berkumpul beramai2 di kedai makan berhadapan dengan perumahan staf UUM sambil makan malam/pagi.

SELESAI



Gambar2 boleh didownload di alamat:

XPDC CABARAN SINTOK, SUKAN STAF IPTA MALAYSIA


4 JULAI 2012 / 14 SYAABAN 1433H
=============================
  
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh : Prof Madya Dr Asan Ali Golam Hassan @ Mohammad 
Gambar oleh : Shamsaimi Ezil

Perasmian XPDC Cabaran Sintok





UUM ONLINE: Buat pertama kalinya dalam sejarah Kejohanan Sukan Staf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia, acara sukan memandu lasak kenderaan pacuan empat roda (4x4) diadakan.

XPDC Cabaran Sintok selama dua hari ini diadakan dengan kerjasama Kelab UUM 4x4 Sintok dan terbuka kepada semua peminat sukan pemanduan 4x4 dari IPTA dan bukan IPTA.

Pelepasan untuk acara ini disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak di Foyer Canselori yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai kanan universiti.

Pengurus acara 4x4 Sukan Staf IPTA Malaysia merangkap Pengerusi Kelab UUM 4x4 Sintok, Prof Madya Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, acara julung kali ini melibatkan 32 buah kenderaan pacuan empat roda, dengan jarak perjalanan hampir 84 kilometer.

“Laluan XPDC Cabaran Sintok akan bermula pada jam 10 pagi hari ini dari UUM ke Sabok, Padang Sanai kemudian Puncak Janing, Kuala Nerang. Para peserta akan bermalam di Puncak Janing sebelum meneruskan perjalanan ke Perik, Padang Terap dan kemudian ke Bukit Wang, Jitra.

“Dari Bukit Wang peserta akan melalui Sungai Kechil,  Wang Perah ke Jalan Padang Terap dan seterusnya ke Bukit Kachi, melalui hutan Sintok dan dijangka kembali semula ke UUM pada petang 5 Julai,” katanya.

Menurut Dr Asan Ali, laluan off-road ini akan melalui jalan denai yang berlumpur, merentas sungai, jeram, hutan, kebun getah, sawah dan beberapa kawasan perkampungan.

“Selain dapat menguji kemahiran dan kredibiliti mengendalikan jentera 4x4 masing-masing, acara ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal peserta serta semangat kerjasama berpasukan yang tinggi,” katanya.

Dalam acara sukan lasak ini, setiap peserta membawa bersama peralatan sokongan seperti Mud Terrain tires (MT), Winch, snatch block, tree trunk protector, D-Shackle, choker chain, hi-lift jack, tali dan sarung tangan, selain peralatan perkhemahan, kanopi, makanan dan peralatan memasak untuk bermalam pada 4 Julai di Puncak Janin.


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016