4 JULAI
2012 / 14 SYAABAN 1433H
=============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Prof
Madya Dr Asan Ali Golam Hassan @ Mohammad
Gambar oleh : Shamsaimi
Ezil
![]() |
Kejohanan Sukan Staf Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia
Pelepasan untuk
acara ini disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof
Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak di Foyer Canselori yang turut dihadiri Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai kanan universiti.
Pengurus acara 4x4 Prof Madya Dr Asan Ali
Golam Hassan berkata, acara julung kali ini melibatkan 32 buah
kenderaan pacuan empat roda, dengan jarak perjalanan hampir 84
kilometer.
“Laluan bermula pada jam 10
pagi hari ini dari UUM ke Sabok, Padang Sanai kemudian Puncak Janing, Kuala
Nerang. Para peserta akan bermalam di Puncak Janing sebelum meneruskan
perjalanan ke Perik, Padang Terap dan kemudian ke Bukit Wang, Jitra.
“Dari Bukit Wang peserta
akan melalui Sungai Kechil, Wang
Perah ke Jalan Padang Terap dan seterusnya ke Bukit Kachi, melalui hutan Sintok
dan dijangka kembali semula ke UUM pada petang 5 Julai,” katanya.
Menurut Dr Asan Ali,
laluan off-road ini akan melalui jalan denai yang
berlumpur, merentas sungai, jeram, hutan, kebun getah, sawah dan beberapa
kawasan perkampungan.
kemahiran dan
kredibiliti mengendalikan jentera 4x4 masing-masing,
Dalam acara sukan lasak
ini, setiap peserta membawa bersama peralatan sokongan seperti snatch block, tree trunk
protector, D-Shackle, choker chain, hi-lift jack, tali dan sarung
tangan, selain peralatan
perkhemahan, kanopi, makanan dan peralatan memasak untuk bermalam pada 4 Julai
di Puncak Janin.
===============================
DARIPADA:
SEKSYEN
MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
No comments:
Post a Comment