Wednesday, 4 July 2012

Event Map


Acara Cabaran 4x4 Sintok ini bermula di Kampus UUM pada 4 hb Julai 2012 dan berakhir pada 5 hb Julai 2012.  Pendaftaran dilakukan di dewan Muadzam Shah (MAS) mulai jam 9:00 pagi.  Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 setiap individu.  Yuran ini meliputi sehelai T-Shirt, pek minum pagi semasa pendaftaran, 2 pek makan tengahari, dan 2 helai sticker untuk setiap kenderaan.  Terdapat seramai 32 buah kenderaan pacuan empat roda yang mendaftarkan diri termasuk 6 buah kenderaan marhall.

Konvoi bergerak ke foyer canselori pada jam 10:00 pagi dan perasmian dan pelepasan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor UUM.  Setelah pelepasan, konvoi bergerak mengelilingi UUM, dan keluar dari UUM melalui pintu pagar utama ke Ladang Risda Bt 16 Sintok.  Keadaan cuaca begitu baik dengan hujan renyai-renyai membasahi trek laluan.  Ini menyebabkan keadaan jalan yang berdebu menjadi becak.  Dari ladang getah, konvoi memasuki hutan jati ke Sungai Kechik dan berhenti rehat di tepi sungai untuk makan tengahari dan solat zohor.

Pukul 2:00 petang, konvoi meneruskan perjalanan dengan mengikuti laluan batu kerikil dan melepasi beberapa halangan seperti sungai dan jalan berlumpur.  Konvoi seterusnya melalui beberapa buah kampung dan seterusnya memasuki trek paip gas. Trek ini bermula dari Wang Perah ke persimpangan Bukit Wang, Jitra.  Walaupun, hari pertama penganjur memaklumkan keadaan trek adalah bersifat lightcore/mediumcore tetapi penggunaan winch dibeberapa tempat terpaksa dilakukan juga.

Jam 7 petang, konvoi berhenti rehat di HT resort, Perik untuk solat Asar dan Maghrib.  Sementara menunggu, peserta2 expedisi menjamu selera dengan buah2an yang terdapat disitu (pick-your-own fruit) seperti rambutan, durian, manggis dan rambai.

Jam 8 malam, konvoi bergerak semula dari Perik melalui hutan Jati ke perhentian terakhir di Puncak Janing.  Semua peserta konvoi selamat sampai ke tapak perkhemahan pada jam 9 malam.


5 hb Julai 2012, kurang dari 20 kenderaan pacuan empat roda yang tinggal dan sanggup menghadapi cabaran hari kedua.  Jam 9:30 pagi, setelah tapak perkhemahan dibersihkan, konvoi bergerak dari Puncak Janing melalui denai2 hutan ke Sabok, Padang Sanai... Setelah melepasi beberapa halangan akhirnya konvoi sampai semula ke UUM pada jam 12:00 tengahari.  Setelah makan tengahari dan solat zohor, akhirnya Cabaran 4x4 Sintok pada hari kedua bermula.  Penganjur menjanjikan satu xpdc medium/mild hardcore pada hari kedua, tetapi ianya menjadi extreme hardcore kerana hujan yang berterusan sepanjang event.  Keadaan trek yang memerlukan winching sepanjang perjalanan menyukarkan laluan.  Daripada 13 buah jip yang merentasi sungai sintok, hanya 8 buah kenderaan sahaja yang berjaya keluar.  5 buah kenderaan terpaksa pusing balik ke permulaan kerana tidak mampu meneruskan perjalanan akibat kerosakan.  Akhirnya xpdc berakhir jam 1:30 pagi, dan semua peserta berkumpul beramai2 di kedai makan berhadapan dengan perumahan staf UUM sambil makan malam/pagi.

SELESAI



Gambar2 boleh didownload di alamat:

No comments:

Post a Comment