Monday 23 July 2012

Kelab UUM 4X4 Sintok Ditubuhkan


Kelab UUM 4X4 Sintok Ditubuhkan

Sent:        23 July 2012 11:23
To:          UUM - All StaffUUM - All Students

 

23 JULAI 2012 / 3 RAMADHAN 1433H
==============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Mohd Tarmizi bin Musa

KELAB UUM 4X4 SINTOK DITUBUHKAN


UUM ONLINE: Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK) bersetuju 
meluluskan penubuhan Kelab 4x4 Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM) 
di bawah Jawatankuasa Pengurusan Sukan menerusi satu mesyuarat yang 
diadakan pada 18 Julai 2012 yang dipengerusikan Naib Canselor UUM, 
Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, bertempat di Bilik Mesyuarat Naib 
Canselor.

Pengerusi Kelab 4x4 Sintok, Prof Madya Dr Asan Ali Golam Hassan, berkata 
objektif penubuhan kelab ini ialah menyatukan individu yang berminat untuk 
menjalankan aktiviti lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan 
pacuan empat roda di samping mempromosikan UUM kepada masyarakat luar.

Katanya, kelab ini mampu memupuk semangat kesefahaman dan setia kawan 
dengan cara mewujudkan peluang untuk berinteraksi dalam program yang 
diadakan oleh kelab atau persatuan di bawah Pusat Kokurikulum, Hal Ehwal 
Pelajar (HEP) atau jabatan lain di UUM.

“Penubuhan kelab ini juga dapat membantu agensi kerajaan khususnya 
UUM dalam menjayakan kempen mempromosikan UUM, negeri dan negara 
seperti Tahun Melawat Malaysia, Cintai Alam Sekitar, Konvoi Merdeka dan 
sebagainya.

“Kelab ini juga menjadi satu platform untuk melaksanakan kerja-kerja amal 
dan bantuan kemanusiaan seperti bantuan mangsa banjir, pengagihan 
barang-barang zakat, program bersama anak yatim serta menyedikan 
perkhidmatan pengangkutan kepada jabatan di UUM dalam menjayakan 
aktiviti mereka,” katanya. 

Dr Asan Ali turut berkata, penubuhan Kelab 4x4 Sintok dijangka dapat 
meningkatkan pengetahuan ahli dalam pemanduan kenderaan secara 
konvoi, memahami aspek teknikal kenderaan pacuan empat roda, pandu 
arah di dalam hutan serta penggunaan peralatan seperti kompas, peta, 
Ground Positioning Satelite (GPS) dan teknik-teknik penggunaan Radio 
Amateur.

Katanya, keahlian kelab ini terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar 
UUM. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Kelab 
UUM 4x4 Sintok, Mohd Tarmizi Musa melalui emel 
tarmizi@uum.edu.my dan talian 017-5491438, atau melayari blog kelab ini 


===============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016


No comments:

Post a Comment